Khairy Jamaluddin’s Facebook Comments

Pemuda Umno buat laporan polis kenyataan Nik Aziz
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan Anuar Safian (tengah) bersama penyokong pergerakan itu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam ceramahnya yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat. –fotoBERNAMA

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.

“Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

“Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini,” katanya.

Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA

like this.

M Hairil Mohd
M Hairil Mohd
dah2 la tu..xyah nak bergaduh sesama islam
Adira Abdullah
Adira Abdullah
Perjelaskan pada org kampung (MU) yg Tok Guru dah banyak menyeleweng akibat rakus berpolitik. Kalau Hj. Fauzi diletakkan sbg calon PAS di MU, pada saya mereka terdesak…
Viktor Ardixus
Viktor Ardixus
ideas yg against islam itu konsider sesat lah kan.
Zuliana Mohd Ridzuan
Zuliana Mohd Ridzuan
Apa sahaja yang PAS lakukan tidak pernah salah dan semuanya betul dan bila perkara yang sama dilakukan oleh UMNO itu sendiri salah dan tidak betul…Adakah Islam itu ada pengertian yang berlainan…..
Armand Robin HoodLer
Armand Robin HoodLer
Nik Aziz Ni ULAMAK ker dah jadi ALAMAK
Jefree Wahab
Jefree Wahab
pd pendapat sy kita patut beri tumpuan kepada kerja2 kita membela rakyat. Report polis ni dah menjemukan rakyat. Lagipun yang bercakap 2 mmg orang yg benci UMNO.Kita perlu menari ikut rentak kita bukan melayan rentak tari pembangkang. Masih bnyk ruang yg boleh kita gunakan untuk membuktikan bahawa kita lebih baik daripada mereka.1Malaysia, Rakyat Didahulukan;Pencapaian Diutamakan.
Faiza Binti Shukor
Faiza Binti Shukor
kenapa pas mcm tu sekali…..tk baik macam tuuuu
Ariff Hakimi Zulkifli
Ariff Hakimi Zulkifli
UMNO PERLU PERTAHANKAN KEBENARAN …. KALAU DAH DITUDUH MACAM2 …. TAKKAN NAK DIAM JER … EVEN YG BERTITLE TOK GURU SEKALI PUN BUKAN MAKSUM …. BRAVO SDR ANUAR SAFIAN …. BRAVO KJ
Noraini Binti Buang
Noraini Binti Buang
tak baik tabur fitnah tanpa usul periksa….sempena rejab yang mulia…kadang2 isu tu kecil aje, salah tafsir oleh media atau apa dah jadi lain. Ingatlah umat islam sentiasa lupa dan melupakan seperti bangsa melayu selalu mudah lupa dan melupakan termasuk nasib bahasa melayu dan orang melayu itu sendiri.
Sherry Meera
Sherry Meera
Yang benar Nik Aziz tu yang sesat bergaul dengan manusia dua alam!! He should wake up and smell the coffee… Semenjak bersalaman dengan MM dah lupa daratan agaknya orang tua tu…Ini lagi satu manusia Zalim.. I use to respect him but not anymore…
Viktor Ardixus
Viktor Ardixus
MM??? no idea.
Saiful Haizan
Saiful Haizan
nicky ajis? org tua tu dah nyanyuk politik
Khalid Aljuned
Khalid Aljuned
1 Islam.
Faizal Rahman
Faizal Rahman
Payahlah UMNO nk memenangi hati org Melayu kalau mcm ni ๐Ÿ˜
Yatie Jali
Yatie Jali
Fitnah itu adalah berdosa..betul ka nik AZIZ cakap macam tu Periksa dulu seblum memberi pendapat..You All semua Jangan main ikut ajer.selidik dahulu .apa orang kata “FOLLOW LIKE BUFFALO”…..
Yusri Yusof
Yusri Yusof
dah berapa banyak laporan polis daaaa….
Mohd Saiful Mohd Sahak
Mohd Saiful Mohd Sahak
Lawan Khairy, Hdup Pemuda Umno. agama menjadi keutamaan. Bangsa Perlu diperkukuhkan. Rosak bangsa rosak agama. Pas. PKR dah tak betul dah.
Naim Nor
Naim Nor
KJ, Leave that old man alone, UMNO in the past said the same thing to PAS. DR M once quipped ” PAS lebih dashyat dari Komunis.Gi mari gi mari sama saja.
Ab Ghani
Ab Ghani
Tok guru kung fu tu…asyik nak gaduh dgn org. Bukankan dia Presiden Mentor parti pas. Hj Hadi (Presiden Pas) pun tak buleh nak angkat kepala dgn dia…takutttt. Alah lebih kurang macam Spore. Ada presiden mentor..Pemuda Umno Ktan klu boleh jgn libatkan polis dlm hal ini..cakap politik balas dgn cakap politik..
Farhat Najj Wahid
Farhat Najj Wahid
bukan dulu kata bekerjasama dgn bukan islam kafir ke?..huhu~ politik2..
Anderson Fereira
Anderson Fereira
Kita tak perlu jadi org Kelantan, atau org PAS atau lulusan Al-Azhar Mesir utk memahami tafsiran Tuan Guru menyamakan UMNO dgn ajaran sesat dan komunis.

UMNO tidak menjadikan Islam sebagai tunjang ekonomi dan hala tuju politik. Kerana itu Hudud ditolak di dalam politik mereka. Kondisi rakyat dari segi sosial dan ekonomi terbatas dan ini diburukkan lagi dengan riba yg juga membelit ekonomi kita, jelas dalam sistem perbankan komersil di Malaysia.

Komunis adalah puak yang menolak agama. Dan bersikap mengongkong kehidupan rakyat. Selain byk mengkomersilkan harta awam negara demi keuntungan lebih dari kebajikan.Read more

Ajaran merupakan satu teori. Contohnya ajaran sesat atau pun teori sesat, ia menyesatkan orang ramai.

Jika UMNO menolak agama, maknanya UMNO menyerupai juak-juak komunis dan apabila UMNO meneruskan dasar komunis itu dari tahun ke tahun, sehingga hari ini maknanya UMNO juga mengamalkan teori yang menyesatkan orang ramai khususnya orang Islam seperti Tok Guru Nik Aziz.

Wassalam.

Adilah Hamid
Adilah Hamid
nyanyuk dh org tua ni.. tok guru ke tok garu kepala
Iqbal Best
Iqbal Best
X RASE TUAN GURU NYANYUK…ORANG YANG BERILMU JARANG NYANYUK…ORANG YANG X RETI AJE..X KAN FAHAM BAHSA ORANG YANG BERILMU NIH….BETTER KEJASAMA NGAN MUSUH DARIPADA SESAMA ISLAM YANG BERTOPENGKAN ISLAM…..NI TERBUKTI DALAM SEJARAH…UMNO RASENYE KENE BANYAK UBAH LA DULU KOT…SAYA IKHLAS NYA RASE LAA…SORRY LA KALAU TERSINGGUNG…HUHU…
Yusniza Mamat
Yusniza Mamat
UMNO patut menangkis semua fitnah yg dilemparkan oleh pihak pembangkang dengan cara memberi penjelasan berpaksikan bukti2 yg kukuh supaya rakyat nampak dan boleh berfikir..pembangkang hampir setiap minggu mengadakan ceramah umum di merata-rata tempat dan mengisi otak2 rakyat dgn fitnah dan isu2 yg menghentam kerajaan..kalau UMNO diam je camne rakyat nak percaya yg UMNO tu betul..please Khairy..do something..perjelaskan..esp isu minyak di kelantan etc…
Viktor Ardixus
Viktor Ardixus
“Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada 72 kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (Islam) akan berpecah kepada 73 (kumpulan), 72 daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah.”
Nurul Huda Binti Nayan
Nurul Huda Binti Nayan
I love Islam……lantak korank aaaa….
NurAsyekin Afifah
NurAsyekin Afifah
kuingin melihat kaum ku bersatu…
Sharq Zulkifli
Sharq Zulkifli
bro iqbal, mungkin tak nyanyuk. tp sejak akhir2 ini kenyataan2 beliau lebih menjurus kepada .. (can we say it ‘nyanyuk’?)
Suraya Natrah
Suraya Natrah
hentikan!!!! gaduh sesama saudara se Islam!
Sharq Zulkifli
Sharq Zulkifli
yep suraya, mari la kita sesama saudara Islam bersatu kembali tanpa mengira ideologi politik masing2. buang yg keruh, ambik yg jernih. Idea UG sgt2 diharapkan.. ๐Ÿ™‚
Viktor Ardixus
Viktor Ardixus
tp ramai kt malaysia pd hari ini yg Islamnya hanya pd hari jumaat, hari raya, time nikah@cerai dan time pengurusan jenazah. mcm mana tu ?
Ikhwan Hakeem
Ikhwan Hakeem
bagus !!! nik aziz sudah tak betul sekarang …menghina dan maki melayu islam sptnya juga. dia bukan lagi spt ulamak kerana dia ahli politik yang totok pemikirannya
Ombak Juara
Ombak Juara
Nurul, I follow ๐Ÿ™‚ Korang nak lawan ke apa ke, janji ikut Quran dan hadis!
Ab Ghani
Ab Ghani
ada org Islam tu tak tinggal Solat, Puasa dan semua yg diperintah oleh Allah dilakukannya tetapi percakapannya tidak menyerupai spt amalan yg dikerjakan…
Mohd Hasri
Mohd Hasri
be the best tok guru….
Megat Asri Abdul Jalil
Megat Asri Abdul Jalil
sungguh celupar! jangan setakat report police aje,pastikan ada tindakan.Akta Hasutan!!
Zarak Seddek
Zarak Seddek
sian datuk nik aziz…tu pandangan dia…tak salahnya pun…tapi kekadang ada kebenaranya..agaknya lah…well not intrested
Adrian Chin
Adrian Chin
We might have to look into arresting Nik and put him under arrest using OSA. It’s not proper for him to accuse UMNO for ajaran sesat imo. He can say it’s different interpretation, but you don’t go accuse someone for ajaran sesat
Nusrat Isa
Nusrat Isa
Hmm…does one need to resort to reporting to police? Me tot UMNO big boy
Lesley Fernandez
Lesley Fernandez
Don’t you have anything better to do, constructively, than lodging police reports? Police reports and statutory declarations are worth nothing in Malaysia these days!
Reezal Za'aba
Reezal Za’aba
apsal aku tak leh tgk komen nie haaah? hanginn tolll….
Rosen Montag
Rosen Montag
kj, i m a bn supporter but i think bn shld move away from such activities..such police reports imho so typical of 3rd world politics and kind of thing that pakatan likes to resort to…let’s us not to sink to such depths and work smarter…use such idiotic statements by pas’ senile leaders to our advantage in the coming by-election…
Razif Aziz
Razif Aziz
gile glamer la tu….
Khairul Anwar
Khairul Anwar
ape lg si Tok Guru ni.. asyk cr pasal je. Pemuda kena berusaha keras bkempen utk memenangi ‘manek urai’.
Armand Robin HoodLer
Armand Robin HoodLer
Asskum Rakan2 YB yg dihormati, KERAJAAN PERPADUAN harus diteruskan kenapa bukankan ini Islam dan selari dgn Usaha dan sirah nabi didalam Piagam Madinah.

Hujah saya: Perincian Utama Piagam Madinah.
1.Nabi Muhamad SAW pemimpin utk seluruh Madinah( Bukan utk islam sahaja tetapi semua.1Malaysia=1madinah)
2.Semua Penduduk harus bersatu sebagai anggota madinah ( tidak berpecah tetapi perpaduan)… Read MoreRead more
3.Bebas Mengamal agama masing2 tetapi islam utama ( Perlembagan Msia)
4.Bekrjasama dlm ekonomi dan darihal pertahan negara drpd serangan luar ( Tidak semestinya Kini guna senjata tetapi melalui fitnah, tuduhan dan tohmahan dgn bantuan negara2 luar)
5.Keselamatan Islam terjamin selagi akur dgn piagam Madinah ( Perlembagaan Malaysia)

Sekian Hujah saya

Ghazali Haji Abu
Ghazali Haji Abu
bagi la polis sibuk cegah jenayah, sikit2 report polis patut la jenayah makin meningkat YB… nasihat sikit Pemuda Kelantan…
Joez Jo
Joez Jo
bla dtg kb,?hbt gak perbahasan awk.ska dngar tau, tgk la profile sy,ada business utk awk
Onie Zairani
Onie Zairani
title ‘tok guru’ ni atas politik ke agama?? ‘tok guru’ buat statement ni atas ckp politik ke nak ckp agama???
bab komunis tu ‘tok guru’ kena baca bab sejarah balik…then baru ckp….jgn confused….
Ahmad Fahmi Ismail
Ahmad Fahmi Ismail
I am a Kelantanese, one Muslim Malay out of 96% consisting the state population.

1. I’m tired of this BS UMNO media game. Police report? UMNO does not really want constructive action, they only want media coverage and ruin the state. What ever the police can do about Nik Aziz statement? What UMNO said is twisted by the way, not in context of whatRead more Nik Aziz had in mind.

2. For all commentors here, please have your facts straight. If you only read mainstream media, all that you will get is hate and more hate. Please UMNO, stop discriminating the Kelantanese. We are as Malay and Muslim by all definitions, stop sabotaging our state. GIVE us back all due state allocation and stop bashing our lack of infrastructure development.

Ahmad Fahmi Ismail
Ahmad Fahmi Ismail
This is a personal statement from a non-PAS member. My FB is not restricted and has a big picture of myself, you all are welcome to confirm my identity.

Stop bashing the Tok Guru NOW. All of you UMNO jokers out there, here this out;

Im only a person but I am going to make sure UMNO will never rule Kelantan. Read more

For the sake of political ambition alone, UMNO has discriminate against the Kelantanese people already too much to forgive. Please people, do you research about Kelantan petroleum and gas industry. For all Kelantanese who love UMNO so much, open up your eyes and see what destruction UMNO has done to your mother state.

The Tok Guru can says whatever he want to. And he speaks on behalf of the Kelantanese as the state leader. Who are you Pemuda UMNO? Come ALL if you want to hate me and watch how I torn down UMNO stupid games.

Ab Ghani
Ab Ghani
..MB Ktan bukan jadi MB utk org pas saja tapi utk semua rakyat, so cakap kena berhemah lah…
Ahmad Fahmi Ismail
Ahmad Fahmi Ismail
Adalah menjadi kewajipan seorang muslim untuk menyelidiki sebelum menerima pakai sesuatu berita. Kemudian dari itu, fahami apa yang dimaksudkan.

TGNA bukan maksum dan orang PAS pun tak anggap dia maksum.

Forumer di sini telah memberi bermacam-maca label kepada TGNA tanpa sokongan fakta yang sahih. Kenapa tak komen pasal itu?Read more

UMNO sedang memainkan sarkas media di atas apa saja yang keluar dari mulut TGNA.

Adakah ia untuk kepentingan rakyat Kelantan?

Adakah ia untuk pembangunan negeri Kelantan?

Adakah ia untuk kepentingan umat dan agama Islam?

Adakah ia untuk bangsa Melayu dan Bumiputera?

Kalau apa yang UMNO cakap dan buat atau tak buat tak bercanggah antara satu sama lain, tak siapa akan bangkang UMNO.

Pada sesetengah orang, mereka lebih suka mendengar berita yang manis-manis bergula walaupun tahu ada racun di dalamnya, daripada berita yang benar tapi pahit.

Oh mungkin saya lupa. Wartawan akhbar perdana memang tak pernah memutar belit kenyataan Nik Aziz sebelum ini

Ab Ghani
Ab Ghani
I’m no body, jika dibandingkan dgn MB Ktan atau anda semua..tapi apa saja remarks yg dibuat kpd sdr seagama dan sebangsa harus hati2 takut suatu hari nanti, ‘KITA’ saling memerlukan..
Ahmad Fahmi Ismail
Ahmad Fahmi Ismail
Oh isunya takut orang Melayu Islam semakin lemah. Ok.

Kalau begitu kenapa UMNO sendiri yang melemahkan negeri Kelantan. Ada sumber ekonomi dilencongkan ke Thailand, takut kerajaan negeri bangunkan negeri sampai maju?

Ada peruntukan tapi tak benarkan kerajaan negeri yang uruskan. Read more

Ada hati nak kutuk negeri Kelantan tiada pembangunan.

Nak hukum PAS tapi rakyat Kelantan yang sengsara.

Sekarang siapa yang melemahkan orang Melayu Islam?

Dah hilang sokongan, mainkan pula isu perpaduan, godak isu perkauman, takutkan orang Melayu.

Orang yang pijak kepala bangsa sendiri tak sesat ke? Orang yang cakap hari ni lain esok lain tak sesat ke? Apa yang UMNO buat tak kejam ke?

Ab Ghani
Ab Ghani
KPI kebencian terlalu tinggi..
Ahmad Fahmi Ismail
Ahmad Fahmi Ismail
Ya, mungkin sebab saya orang Kelantan. TGNA adalah pemimpin saya.

Tapi kalau saya benci salah ke? Tanah negeri saya turun temurun dan saudara Melayu Islam saya yang dizalimi.

Adakah saya tak rasional membuat pilihan? Adakah anda rasional membuat pilhan? Adakah emosi saya yang menjadi persoalan di sini?Read more

Cuma nak letakkan isu pada perspektif. Adakah dalam keadaan ini UMNO layak menerima perasaan sayang saya kepada saudara Islam yang lain?

Kenapa nak sokong UMNO? Kenapa senang sangat nak benci Tok Guru?

Hafiz Hanafi
Hafiz Hanafi
I think ur friends there busy lar.. acting… in buletin, 360, gerak khas, roda2, 999, astro somemore etc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *